![]() |
Masa amek gambar ni ekor pulak yang timbul =D |
Ya! Menu utama dalam keluarga kami dan telah menjadi tradisi keluarga kami untuk masak KARI KEPALA IKAN pada hari raya kedua. Hari di mana semua ahli keluarga besar kami akan berkumpul di rumah kami untuk beraya bersama-sama.
Jadinya awal-awal pagi raya kedua tu biasanya papa akan keluar ke pasar untuk beli stok ikan segar yang pastinya BERKEPALA :D untuk dijadikan kari sementara kami di rumah menyediakan bahan-bahan untuk memasak dan berkemas.
Okey. Jangan nak intro panjang-panjang sangat eh cichik! Jom mula!
Saiz hidangan: 6 orang makan
Bahan-bahan yang diperlukan:
-10 ulas bawang merah
-6 ulas bawang putih
-3 biji tomato
-3 biji terung bulat
-7 biji bendi
-3 tangkai daun kari
-1 sk halba campur
-1 ekor ikan bawal bersaiz sederhana
-2 cawan santan segar
-rempah kari Babas
Jom Masak!
1. Hiriskan -5 ulas bawang merah
-5 ulas bawang putih
2. Kisar -5 ulas bawang merah
-5 ulas bawang putih
-perahan air asam jawa sebesar sebiji bola golf bersama semangkuk air
3. Bancuh 5sb rempah kari Babas bersama sedikit air. Leraikan 3 tangkai daun kari dan masukkan 1sk halba campur ke dalam bancuhan.
4. Tumis bahan yang dihiris tadi sehingga kuning keemasan. Masukkan bancuhan rempah tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan bahan yang dikisar, biarkan sehingga menggelegak. *Jika kuah agak pekat, tambahkan 1 muk air.
6. Setelah menggelegak dalam 2-3 kali masukkan kepala ikan bersama dengan santan, terung bulat (dibelah empat), bendi (dibuang bahagian pangkal sahaja. Tak perlu potong) dan tomato (dibelah dua).
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. (Tapi kalau cichik selalu masukkan 2sk garam dan 1/2 sb gula. Ini memang perfect! Nak sedap lagi masukkan 1 ketul kiub pati ayam maggie!). Masa ni kalau kuah makin pekat, boleh masukkan lagi 1 muk air.
9. Bila isi ikan dah bertukar menjadi putih, terung dan tomato sudah lembut, tutup api. Siap! Sedia untuk dihidang =)
No comments:
Post a Comment